Tuesday, April 28, 2015

8 tanda hampir bersalin


Assalmualaikum uolls. sehat ke? Alhamdulillah kalau baik2 je. Aku pun alhamdulillah sehat je. Baby pun sama sehat. huhu. Kalau korg nak tau bulan ni aku dah 36 weeks or 9 bulan dah. kejap je kan masa berlalu. tuptup nak bersalin dah bulan depan. 

Kalau ikut EDD aku 28 Mei 2015 la. Tapi aku taktau la baby nak keluar bila kan. dupdapdupdap la rase bila dah nak akhir2 ni. But as i mention before malas nak fikir pasal deliver nanti. i hope everything went well. Ameen. Semoga dipermudahkan sume nye. So memandangkan aku pun dah penghujung masa utk deliver baby, aku nak share tanda2 hampir bersalin dengan korg sume.

Im sure that mom to be out there ada yg menunggu masa utk deliver baby kan. So meh sini baca sket2 untuk persediaan sebelum berperang di labour room nanti. So far ada la jugak tanda yang dah jadi kat aku. Jom kita check...

Apakah 8 tanda-tanda hampir bersalin??

1. Engaged (atau pun baby sudah masuk laluan)
Apabila kita pergi checkup mesti gynae akan ckp kan sama ada baby dah engaged atau belum. Untuk 1st time mama selalunya baby akan engaged awal dalam 2-4 minggu sebelum EDD ya dan mama akan dpt rasa bahagian atas "kosong" dan semakin berat di bawah.

So far nurse kat kk aku checkup tu bagitau baby tak engaged lagi. Tapi aku dah rasa bahagian bawah perut cm heavy cket la. Tapi ramai cakap perut aku tak turun lagi. Em ntahla kena tunggu checkup rabu ni pulak, tengok da engaged ke belom.

2. Kerap Membuang Air Kencing
Ketika bayi sudah "masuk laluan" kepala baby akan berada dekat dengan pundi kencing dan akan menekan pundi kencing. Orang tua-tua cakap kalau makin kerap kencing tu rambut baby lebat. (wallahualam)

Yang ni memang selalu berjaga pagi la. Kalau tak pegi buang tu perut jadi mengeras je. So tidur pun tak selesa la. Nak tak nak kena jugak gigih bangun pegi toilet. Dah la toilet kat bawah. Uihhh malas betul nak menapak. hahah

3. Sakit belakang di bahagian pinggang ke bawah
Ligamen rahim dan pelvis semakin meregang untuk proses kelahiran nanti dan baby juga semakin berat di bawah.

Ha yang ni jgn cakap la, kalau duduk saje tak buat keja pun habis sakit pinggang. Belum lagi cerita pasal buat keja rumah segala tu. Berjalan kat kem tu pulak. Kalau banyak buat keja ke, banyak berjalan ke, memang sakit pinggang tu amat sgt la. Bila malam je ko tunggu jela perut tu mengeras. Sakitnye kadang2 keluar jugak air mata pempuan aku nih. kihkihkih

4. Kontraksi Braxton-Hicks
Perut mula mengeras pada waktu-waktu tertentu dan kadangkala rasa seperti senggugut ketika datang bulan. Kontraksi Pra-Kelahiran ini tidaklah sekuat dan sekerap kontraksi sebenar ketika kelahiran nanti. Dan mama boleh kurangkan ketidakselesaan atau kesakitan ini dengan menukar posisi contohnya kalau ketika itu anda sedang berdiri, cuba duduk atau cuba berbaring.

Aku selalu rasa Braxton Hicks ni. Menurut apa yang aku baca la Braxton Hicks ni adalah latihan kontraksi yg betul cuma bukan secara konsisten la. Pernah 3 minggu lepas aku rasa perut mengeras 5 minit sekali within 2 hours. Aku ape lagi panik la. Nasib la suami aku masa tu ada kat rumah kebetulan kerja shift pagi. Mula2 tu ingtkan xde ape perut mengeras biasa. Tapi bila check dia dtg 5 minit sekali. Aku hold dlu tgu betul ke 5 minit sekali. Memang pun 5 mint sekali mengeras nye. Dalam pkul 12 mlm ktorg gerak pegi Hospital Sultan Ismail. Pegi daftar sume. Then kne tukar pakai kain pink. hahha sweet je rasa. kahakah. Pastu doktor (HO) datang tanye itu ini, dia cakap kne buat VE (seluk) sbb nak tgok ade bukaan ke tak. Perghhh mase dgr tu aku takot la. Dah la yg buat tu HO lelaki ko tau! Malu jgn ckp tp nasib ade HO pmpuan jgk. Tp just monitor cmtu jela. Bila dah VE tu HO tu ckp xde bukaan lg. fuhh naseb la mse dia seluk tu xde la rse sakit tapi sakit la jugak. hahha. Then HO inform nk kne monitor jantung baby n buat CTG. Masa ni la aku sedikit sakit hati. hahha
Sebelum dtg hospital dia punya sakit yang amat. Bila dah kne check boleh plak tak rse sakit. Graf kontraksi pun xnaik banyak just mild contraction je. Tapi lama jugak dalam pkul 3 pagi baru boleh balik. hahha xpasal2 kne seluk free je. Sabo jela -.-"

5. Cirit-Birit
Hormon kelahiran juga dipercayai dapat bertindak pada usus dan boleh menyebabkan kekejangan abdomen. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan anda loya.

Lately memang selalu rase nak memerut je. Tapi bila pegi toilet tak keluar plak yang keluar nye angin je lebih. hahahha tekanan jiwa mak tau tak. Memang cirit birit tu ade jugak la. 2,3 kali jugak masuk tandas. Kita ni takot nak mencangkung lebih kang baby lak yang keluar. hihi

6. Keputihan
Terdapat lendir dan lelehan pekat.

Bab ni memang prengnant mommy takley berpisah dah. Ibarat keputihan n pregnancy mom berpisah tiada. So kita kena la jaga kebersihan dalam tu. Pakai pantyliner. Kerap tukar underwear. Kalau tak mmg risiko untuk mendapat jangkitan tu sgt tinggi.

7. Keluar lendir pekat dan pendarahan (Show)
Kepala baby turun dalam rongga pelvis boleh menyebabkan Pluk Mukus tertanggal. Pluk Mukus ini menghalaang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks dan menghalang sebarang jangkitan kuman kepada baby. 

8. Pecah Ketuban
Hanya 1 dari 10 ibu hamil yg mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Bagi mama yg telah pecah ketuban sebaiknya segera ke hospital lebih-lebih lagi jika air ketuban berwarna merah atau hijau kerana dikhuatiri baby mungkin lemas atau mendapat jangkitan.



Sunday, March 8, 2015

Third Trimester

Assalamualaikum semua. sebeluma ape2 mari sama2 sedekahkan Al-Fatihah utk mangsa2 MH370. semoga mereka semua ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah
#setahunmh370

Okay back to our main topic. ecehhh speaking london fulakkk kau. teheeee *with shining teeth*. Bulan ni genap la 7bulan aka 28 week baby dalam perut nomeyy omeyy ni. hihi. baby bump da semakin menunjukkan dirinye and same goes to me semakin mengembangkan diri. haha

tuptup tinggal lagi 12minggu nak kena menikmati perasaan pregnant ni. sekarang ni baby semakin aktif menendang, mengeras. uihhhh kalau time mengeras tu mmg sakit oii. tp takde la sakit sgt just yang sikit2 je. kalau dulu baby tendang tak rase sgt. tp now when baby kick wooo sampai it like something big kick from inside. just imagine aku cam terkejut and kekadang cam org tersedu tu. hahaha.

aritu scan berat baby da 1.4 kg. awok jgn beso sgt k baby sian mama nanti. hehe. nanti nak scan 4d plak eksited beno nak nengok muka awok. ikut mama ke ikut papa. hihi tak kisah la ikut sape2 pun as long as awok sehat nanti. tak sabar nye nak pegang awok, peluk cium awok baby. hahah. pasal nak bersalin tu malas pk. lain org lain bahagian dia kan. sume org pn akan lalui. yg penting perasaan pertama kali jd ibu tu. pertama kali peluk cium ank sendiri. wooooo makin eksited sgt.

persiapan untuk menyambut first baby ni da 50%. tinggal lagi 50% kena beli kat baby expo. nak jimat laaa. alhamdulillah aku masih gagah lagi nak berjalan even kekadang tu mengah cket tp takpe no big deal pun *berlagak tu* hahhaa. so boleh lagi la nak g shopping barang baby.

mesti korg tertanye kan gender baby. so far 2 kali scan dua2 pun gender yang sama. Alhamdulillah kalau betul. sebab geng ngn papa nye. suke sgt la laki aku tu dpt geng dia dulu. hari2 pun cakap ngn baby. hihi sweet sanat papa awok tu baby.

tidur sekarang pun da tak lena sangat. ke kiri tak kena. ke kanan tak kena. takpelah tu kan nanti anak depan mata sume tu tak pk dah. aku decide nak bersalin dekat kuantan. sebab nye dekat dgn umi n mak mertua aku la. senang dorg nak dtg tgk cucu dorg kan. lagi pun kalau aku duk johor takde sape nak jaga aku. ak berpantang kat rumah makteh aku sbb umi aku duk sana. rumah mak mertua dekat sgt. boleh je nak ulang alik pergi rumah dia so tak jadi masalah besar pun.

okay lah takde idea dah nak bebel. hahah. doakan aku selamat sumenye. even awal lagi. tp nanti pejam celik pejam celik dah jadi mok org aku ni. hahhah. k la daaaaa

Friday, January 16, 2015

Second Trimester

Alhamdulillah arini dah genap kandungan aku 21 minggu or 5 bulan. Kejap je. Pejam celik pejam celik lagi 4 bulan aku akan dapat tatap muka baby aku ni oyeahhhh. Hehe. Perasaan teruja gila-gila sebab utama memang la sebab ni anak first kan so jgn annoyed sangat kalau ade yang baca kat fb pasal keterujaan melampau aku ni. Tapi kalau ade yang annoyed jugak biaq pi hampa la. Aku kesah pa? Hahahha

Alhamdulillah lagi sebab aku dah dapat rase baby aku kick aku. Kehkehkeh (gelak gedik). Actually aku da dapat rasa since kandungan 4 months lagi. Tapi on that time taktau betol ke tak kan. Tp skng memang dapat rasa sangat la. Kadang-kandang bila baby tak kick memang rasa risau sangat. Then sedaya upaya aku kejut dia supaya bangun. Hehe takde la baby aku nak dengar sangat kan (baby ni babap kang). Tapi alhamdulillah la okay je.

Aku tak pegi scan lagi gender baby. Gegirl ke beboy tak kisah sangat tapi aku n suami kalau boleh nak anak laki untuk first ni. Kalau rezeki kitaorg dapat anak laki alhamdulillah sangat-sangat. Tapi kalau dapat anak perempuan pun kami okay je. As long as baby kami sehat, sempurna sume dah memadai. Amin. Suami aku punye eksited nak anak laki, dah siap2 cari nama utk baby boy. Sampai kat game c.o.c dia pun dia letak nama baby yg dia nak tuu (hahahah sabo jela).

Aritu checkup berat naik la 4 kilo je (dengan nada slumbernye) hahhaha. 4 kilo je ekk takley blah. Perasaan macam naik 400gram padahal 4 kilo within a month *watdehell. Naseb tak kena bebel dengan sister hehe cume dia warning next month (bln ni la) kalau checkup lagi naik mendadak mentadak mentadu lagi cenggini aku kena standby untuk menikmati air gula awwwawwwweekkkkk. Hahhha. Padan muka sape suruh bedal je makan ape-ape. Heeeee. Setakat utk hari ni aku timbang berat naik sekilo. Next week on 21.1.15 checkup 6 bulan harap-harap naik 2 kilo je. Amin :)

Masalahn lain mase second trimester ni seperti hb low, kencing kotoq n bp low. Hohoho banyak betol masalahnye. Harap next checkup ok la ye. Nak seperti sebelum ni tak risau sangat. Amin.

Okaylah panjang lebar aku bercerita. Nanti kita story lagi okay. Bia la tulisan aku ni takde sape nak baca pun. Hahaha

Doakan aku dan baby sehat dan selamat untuk tempuhi the next 4 months. Amin

Tatatititutu. :D

Thursday, November 6, 2014

First Trimester

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur dapat lagi bernyawa hari ni.

Alhamdulillah. Korg sume dah maklumkan aku ade bagi tau haritu aku dah pregnant kan. Syukur sangat diberi rasa nikmat mengandung awal. Sama usia dengan perkahwinan aku. Amin memang syukur tak terhingga rezeki dapat baby awal. Aku actually takdela plan nak pregnant awal kan. Tapi Alhamdulillah Allah bagi peluang and rezeki kat aku awal2. Tak dan nak honeymoon lama2. Kahkahkah. Sampaikan MIL pon dah warning rancang dlu sebab al maklumla suami aku baru nak stabilkan kerja dia dekat tempat baru. Aku plak baru je setahun kerja. So maksud MIL aku tu bukan la tak bagi ngndung awal2 cuma untuk stabilkam hidup baru ni.

Hehe sori umi, nana dah termengandung la. Heeeee. Tapi aku kalau boleh taknak rancang pape sebab takot kalau2 duk sibuk rancang bagai Allah tak bagi teros rezeki. So takpe la anak ni pembawa rezeki besar untuk kita. Alhamdulillah sejak pregnant ni rezeki tu takde la melimpah ruah. Tapi ada la juga.

Untuk 1st trimester ni, aku tak alami pape alahan pun. Cuma awal2 before confirm aku ni pregnant ade la batuk2 sampai seminggu lebih baru baik. Lepas pada tu da takde pape alahan. Mungkin baby takmo bg ibu dia sakit kot. Hehehe love you baby kecik. *muahciked hihi. Sekarang ni aku dah pregnant dua bulan lebih. Penat2 tu cam biasa lah. Yang paling takley blah, berat badan la. Naik hiuhhhh macam tak ley kawal. Baru sebulan aritu pas check up dgn Klinik Kesihatan Tiram aku dah dengan jaya sejayanya naikkan badan aku yang sedia berat ni sebanyak 2 kilo. Memang rasa lepas ni naik berkilo2 lagi la T.T sadiss gila. Baby please bagi ibu rase morning sickness supaya dpt kurang kan badan cket. Hihi boleh cenggitu? *baby jawab 'ibu ni tak bersyukur agaknya' hahhaha taklahh gurau ajeee. :p

Okeh cerita pasal moment first day tau yang aku ni pregnant sebenarnye takde secara surprise sangat pun sebab aku dah dapat rasa instinct yang kuat mengatakan aku ni pregnant. Kenapa? Ntahla. Mungkin sebab badan kita kan kita tau la ape perubahan yang jadi. Korang nak tau, aku punya keterujaan tu sebelum masa time period aku sepatutnya datang aku dah pegi beli UPT tu. Hahah terasa bangang yang amat. Tapi memang la -ve result dia. Tak payah tanye. Hahha

Lepas aku dah missed period sehari aku pegi beli lagi UPT tak nyabo2 dah balik je tros test. Hasil nya 1 line n lagi 1 just nampak tak nampak je. Okehh hampa lagi. Aku pun sibuk la tanye orang tu orang ni untuk sahkan UPT aku yang memang sah2 macam -ve tu. Tapi aku macam tak la percaya sgt kan. Sebab instinct tu penting. Hahha. Takmo mengalah. Nak jugak menang.

Keesokkan harinya aku just plan nak ambil UPT dekat PPAT (Pusat Perubatab Angkatan Tentera) so aku pegi la minta kat akak nurse tu. Niat sebenar nak test kat rumah je. Tapi tetiba akak tu tanya 'awak tau tak nak guna camna ni?'. Aku tau je nak guna tapi saje nak tunjuk bodo cket. Hahaha. So aku geleng jela kepala aku nih. Pastu akak tu tros suruh aku pegi test time tu jugak. Dia dah siap koyakkan bungkusan UPT tu. Dah akak tu dah koyakkan takkan aku nak test kat rumah plak. So aku follow je. Aku risau jugak takot -ve lagi kan. Kalau buat kat rumah aku je tau result dia. So takde la kecoh2 bagitau orang or orang tau. So tawakal jela time tu. Dah la aku pegi sana mse tu pkul 2 lebih tak silap aku. Confirm2 la bacaan maybe tak accurate. Sebab nak tau bacaan accurate kena la test time pagi. Urine yang pertama pagi tuu. Aku ni dah petang. Risau jugak kan.

Aku pun test jela dengan perasaan ntah lah risau la kot sebab takot -ve. Mula2 tu memang la 1 line je. Ok aku tengok je kt UPT tu tak ingat plak brape saat tapi tak sampai seminit pun tros line kedua tu kua dengan seterangnya. Aku ape lagi hati bunga2 la ibarat baru lepas pegi date. Aku dengan senyum da memang terukir dari dalam toliet lagi cepat2 pagi tunjuk kat akak nurse tu and ayat keramat dia yang memang aku tunggu 'tahniah positif, awak bakal jadi ibu' heeeeee lagi la senyum melerek2. Ohhh bahagia sangat rasa. So trus ambil fon taip no suami bagi tahu direct tak sempat da nak bagi surprise kat dia. On call je bagitahu. Ntah ape reaksi tak tahu tapi aku terasa sangat2 happy gila. Ibarat result spm dengan flying colours nyee. Alhamdulillah memang syukur tak terhingga. Tros call umi tersayang bagi tahu yang dia akan jadi nenek untuk pertama kalinya. Heeeeee

Doakan aku dan baby sihat ok sume :)

Saturday, October 4, 2014

29 Ogos 2014

Assalamualaikum uolls

Heeee lame betol tak update blog yang ntah brape org je yang baca. Nth2 takde langsung org baca. Huuuu sadis btol.

Biar laa ade org baca ke tak. Ni salah satu diari utk masa depan. Yela da tua nanti bkn ingt pun tarikh2 istimewa yang happen dlm hidup kita kan. So blog ni salah satu tempat untuk cerita laa.

Okehh dah cukup melalut. Uolls perasan tak tarikh kat title atas tuuuu. Alaaa namo la buat tak perasan *mencikk ahhh *gedikk sgtt. Hahaaha

Ade ape dgn tarikh tuuu? Pada korg takde ape and mesti korg just fikir hari merdeka 31 Ogos je kan kan kan. Ok ok aku bgtau. I'm officially Suha's wife. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah jadi isteri kepada Mohamad Nasuha bin Roslan. Amin Ya Allah.

Kitaorg bercinta tak lama pon 4 tahun je. Alhamdulillah lepas byk dugaan,cobaan dan onak duri *ecehhh poyo yang ktaorg lalui pada 29 Ogos 2014 jam 9 malam aku sah menjadi isteri kepada dia. Perasaan masa tu sangat2 hepi tapi tak nanges pun *aku kental ok. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan hari and cuaca yang sangat ohsemm.

Sekarang nih da genap sebulan lebihh da pun aku pegang title isteri org *dah basi baru nak update heeee saje je sebab takde idea. Kebetulan malam ni mood rajin macam rancak je kan. *ecehhecehh

And and ade satu lagi BERITA GEMBIRA aku nak kongsi dgn uolls sekalian *jengjengjeng hihihi Alhamdulillah syukur sgt2 aku dah PREGNANT! Ohh sgt2 hepi tp segan pun sama sebab ramai sangat menyakat cakap advance la,power laa. Hadoiii sabar jela. Takde nye power kalau Allah tentukan belum rezeki jadi takde lah. Tapi Alhamdulillah rezeki aku and suami awal. Alhamdulillah Alhamdulillah. Excited, takot,berjaga2 sume bercampur sekali.

Okehh next entry aku cite pasal pregnancy aku yg baru sebulan lebih nihh.

Doakan baby and aku sehat ye uolls. Semoga bby kuat and stay smpai selamat sume nye. Amin

Tuesday, April 1, 2014

#step to : another design

holaaa Malaysian.

Korang, korang korang......heheh saje je. takde ape (muka mintak penampo)

Aku terpaksa buat design lain utk kad kawen aku. sebab nye?

1. Kad dulu kalau utk printing words akan kabur sebab salah setting.

2. Dah alang-alang nak buat baru, aku terus buat design lain. (rajin lah sangat)

3. Aku over excited untuk explore photoshop even still in learning process. (alahh kau jemah, bukan expert pun) mmg la tak expert sebab tu dlm proses belajar lagi. Okaylah dari takde langsung kn?

saiz 3x6









Saturday, March 29, 2014

#step to : D.I.Y

Haiii sume!!

Hokeyy tajuk kita arini sgt sgt klise sbb most of b2b skrang ni sume nak d.i.y and of course la i'm one of them. Bukan ape kalau kita d.i.y sume tu dapat la cut cost ape yang patot kan. That's why la aku pun nak d.i.y ape je yang aku rasa aku boleh make it by myself. Aku tak la expert pun pasal adobe photoshop nih tapi cket2 tu boleh la kan. So dengan sedikit ilmu yang aku dapat dari kawan aku ekin n khidmat pakcik google and makcik youtube maka dapat la aku design kad kawen aku sendiri. Hehehe. Gigih tau aku nak siapkan kad nih. Even takla cantik mana tapi comel tu ade laaa (nak sedapkan hati. heeee)


  okayy. ni design kad kawen aku nanti. tak la cantik kan. tapi comel tu ade. heeee 
*tarikh dan tempat di rahsiakan lagi :)
*peta tak buat sebab tgh google lagi brushes yang ohsemm untuk peta :)

Selain dari kad kawen aku design sendiri, aku ade buat design yang sama warna yang sama dan tema yang sama untuk button badges, bunting, tq tag. 

 ni untuk button badge. tak siap lagi ade few wording nak letak. tp camnilah.

ini untuk bunting

ni plak tq tag.

okehh laaa. sementara takde ape nak buat ni. nak sambung untuk welcome board pulak. daaaaa