Thursday, November 6, 2014

First Trimester

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur dapat lagi bernyawa hari ni.

Alhamdulillah. Korg sume dah maklumkan aku ade bagi tau haritu aku dah pregnant kan. Syukur sangat diberi rasa nikmat mengandung awal. Sama usia dengan perkahwinan aku. Amin memang syukur tak terhingga rezeki dapat baby awal. Aku actually takdela plan nak pregnant awal kan. Tapi Alhamdulillah Allah bagi peluang and rezeki kat aku awal2. Tak dan nak honeymoon lama2. Kahkahkah. Sampaikan MIL pon dah warning rancang dlu sebab al maklumla suami aku baru nak stabilkan kerja dia dekat tempat baru. Aku plak baru je setahun kerja. So maksud MIL aku tu bukan la tak bagi ngndung awal2 cuma untuk stabilkam hidup baru ni.

Hehe sori umi, nana dah termengandung la. Heeeee. Tapi aku kalau boleh taknak rancang pape sebab takot kalau2 duk sibuk rancang bagai Allah tak bagi teros rezeki. So takpe la anak ni pembawa rezeki besar untuk kita. Alhamdulillah sejak pregnant ni rezeki tu takde la melimpah ruah. Tapi ada la juga.

Untuk 1st trimester ni, aku tak alami pape alahan pun. Cuma awal2 before confirm aku ni pregnant ade la batuk2 sampai seminggu lebih baru baik. Lepas pada tu da takde pape alahan. Mungkin baby takmo bg ibu dia sakit kot. Hehehe love you baby kecik. *muahciked hihi. Sekarang ni aku dah pregnant dua bulan lebih. Penat2 tu cam biasa lah. Yang paling takley blah, berat badan la. Naik hiuhhhh macam tak ley kawal. Baru sebulan aritu pas check up dgn Klinik Kesihatan Tiram aku dah dengan jaya sejayanya naikkan badan aku yang sedia berat ni sebanyak 2 kilo. Memang rasa lepas ni naik berkilo2 lagi la T.T sadiss gila. Baby please bagi ibu rase morning sickness supaya dpt kurang kan badan cket. Hihi boleh cenggitu? *baby jawab 'ibu ni tak bersyukur agaknya' hahhaha taklahh gurau ajeee. :p

Okeh cerita pasal moment first day tau yang aku ni pregnant sebenarnye takde secara surprise sangat pun sebab aku dah dapat rasa instinct yang kuat mengatakan aku ni pregnant. Kenapa? Ntahla. Mungkin sebab badan kita kan kita tau la ape perubahan yang jadi. Korang nak tau, aku punya keterujaan tu sebelum masa time period aku sepatutnya datang aku dah pegi beli UPT tu. Hahah terasa bangang yang amat. Tapi memang la -ve result dia. Tak payah tanye. Hahha

Lepas aku dah missed period sehari aku pegi beli lagi UPT tak nyabo2 dah balik je tros test. Hasil nya 1 line n lagi 1 just nampak tak nampak je. Okehh hampa lagi. Aku pun sibuk la tanye orang tu orang ni untuk sahkan UPT aku yang memang sah2 macam -ve tu. Tapi aku macam tak la percaya sgt kan. Sebab instinct tu penting. Hahha. Takmo mengalah. Nak jugak menang.

Keesokkan harinya aku just plan nak ambil UPT dekat PPAT (Pusat Perubatab Angkatan Tentera) so aku pegi la minta kat akak nurse tu. Niat sebenar nak test kat rumah je. Tapi tetiba akak tu tanya 'awak tau tak nak guna camna ni?'. Aku tau je nak guna tapi saje nak tunjuk bodo cket. Hahaha. So aku geleng jela kepala aku nih. Pastu akak tu tros suruh aku pegi test time tu jugak. Dia dah siap koyakkan bungkusan UPT tu. Dah akak tu dah koyakkan takkan aku nak test kat rumah plak. So aku follow je. Aku risau jugak takot -ve lagi kan. Kalau buat kat rumah aku je tau result dia. So takde la kecoh2 bagitau orang or orang tau. So tawakal jela time tu. Dah la aku pegi sana mse tu pkul 2 lebih tak silap aku. Confirm2 la bacaan maybe tak accurate. Sebab nak tau bacaan accurate kena la test time pagi. Urine yang pertama pagi tuu. Aku ni dah petang. Risau jugak kan.

Aku pun test jela dengan perasaan ntah lah risau la kot sebab takot -ve. Mula2 tu memang la 1 line je. Ok aku tengok je kt UPT tu tak ingat plak brape saat tapi tak sampai seminit pun tros line kedua tu kua dengan seterangnya. Aku ape lagi hati bunga2 la ibarat baru lepas pegi date. Aku dengan senyum da memang terukir dari dalam toliet lagi cepat2 pagi tunjuk kat akak nurse tu and ayat keramat dia yang memang aku tunggu 'tahniah positif, awak bakal jadi ibu' heeeeee lagi la senyum melerek2. Ohhh bahagia sangat rasa. So trus ambil fon taip no suami bagi tahu direct tak sempat da nak bagi surprise kat dia. On call je bagitahu. Ntah ape reaksi tak tahu tapi aku terasa sangat2 happy gila. Ibarat result spm dengan flying colours nyee. Alhamdulillah memang syukur tak terhingga. Tros call umi tersayang bagi tahu yang dia akan jadi nenek untuk pertama kalinya. Heeeeee

Doakan aku dan baby sihat ok sume :)

4 comments:

ijad said...

salam ziarah

Mrs. Syahafizie said...

tahniah syg...best nyerrrr

amalina said...

Tq sudi singgah :)

amalina said...

Tq noor. Hihi rezeki awal yunk. Insya Allah masa ko akan tiba jugak nanti. Mesti ko rse ape aku rse sekarang ni. Hihi. Eh tq singgah baca blog aku :)