Monday, August 1, 2011

Perubahan positif datangnya Ramadhan

Assalamualaikum

Harap kawan2 semua sihat2 ye :). Alhamdulillah. Mood korang2 semua mesti excited gila sebab nak sambut bulan mulia ni kan. Bulan ni jugak la boleh kita tingkatkan pahala dan amalan baik kita kan. Doakan yang terbaik untuk semua agar bulan mulia kali ni memberi seribu satu keberkatan kepada kita semua :) Amin. Alhamdulillah sangat2 sebab Allah s.w.t bagi kita semua kesempatan bertemu dengan bulan Ramadhan kali ni.

Aku harap sangat2 bulan mulia kali ni beri aku kesedaran dan perubahan dari segala aspek. Perubahan yang positif aku harapkan la :). Ingat ye kawan2 sila pelihara pancaindera anda daripada perkara2 yang boleh mengurangkan pahala puasa korang.

dah la takde idea sebenarnye. Tak pasal2 merapu entah pape pagi buta macam ni.

Jalani Ibadah Puasa dengan sebaiknya :) amin