Monday, August 1, 2011

Perubahan positif datangnya Ramadhan

Assalamualaikum

Harap kawan2 semua sihat2 ye :). Alhamdulillah. Mood korang2 semua mesti excited gila sebab nak sambut bulan mulia ni kan. Bulan ni jugak la boleh kita tingkatkan pahala dan amalan baik kita kan. Doakan yang terbaik untuk semua agar bulan mulia kali ni memberi seribu satu keberkatan kepada kita semua :) Amin. Alhamdulillah sangat2 sebab Allah s.w.t bagi kita semua kesempatan bertemu dengan bulan Ramadhan kali ni.

Aku harap sangat2 bulan mulia kali ni beri aku kesedaran dan perubahan dari segala aspek. Perubahan yang positif aku harapkan la :). Ingat ye kawan2 sila pelihara pancaindera anda daripada perkara2 yang boleh mengurangkan pahala puasa korang.

dah la takde idea sebenarnye. Tak pasal2 merapu entah pape pagi buta macam ni.

Jalani Ibadah Puasa dengan sebaiknya :) amin


Tuesday, June 21, 2011

Busuk Hati

 Olla uolls :)

Korang mesti tak pelik kan dengan entry aku kali ni. Alaaa korang ni macam tak biasa alami situasi dengan mereka-mereka yang selalu rasa tak puas hati dengan orang lain a.k.a perasaan busuk hati la. Biasa la kan kalau dah setan merasuk dalam diri mula la nak berperasaan busuk hati pada orang lain. Oppss nak minta maaf awal2. Kalau terasa tu naseb badan la ye :)

Pelik la perangai manusia sekarang ni. Cerita lama pun perlu ke nak ungkit? Aduyaii kesian jugak kadang2 dengan orang2 macam mereka ni. Mana tak nya kan, cerita asalnye elok je. Oleh sebab hati dia yang busuk tu, dia karang pulak cerita kononnya nak kebaboooommmm bagai la. Boleh pulak tu nak ceritakan hal buruk orang. Ish3, bawak2 insaf la. Kita duduk kat dunia ni sementara je. Cepat2 la minta maaf oke?

Betul la kan, aku tak la baik mana pun. Tapi tak salah kan nak bagi nasihat. Jangan pulak lepas ni tiba2 cakap aku ni 'ahli syurga'. Kita ni ada otak and akal untuk fikir. Tak perlu kot nak sakit kan hati orang. Fikiran tu biar MATANG. Buat apa suruh orang doakan keburukan kita kan. Lagi bagus kalau kita baik2 dengan semua, pastu hidup pun penuh berkat je.

Tapi aku tak tahu la kan kalau si polan tu rasa lagi tenang bila orang maki2 dia. Yang lepas tu biarkan lepas. Tak perlu nak ungkit2 lagi dan tak perlu nak cuba, try, test make ur story tu walaweh sangat la. Karangan anda mungkin meletop, percakapan anda mungkin wahhh gebang semangkuk, makian anda mungkin bergunung, tapi ingat la kita ada tahap sabar jugak kan. Kalau mulut tu tak boleh nak tutup meh sini aku tolong tutupkan :)

Atau nak aku tolong spray minyak wangi kasi itu hati wangi? Ke tak guna jugak? kepada sesiapa yang ada perangai busuk hati tu, bawak2 la bertaubat oke :)

p/s : Hidup lebih tenang kalau kita be nice to others :)

SEKIAN

Thursday, May 26, 2011

Akhirnya


 

 Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Syukur yang amat sangat sebab berjaya dapat Diploma. Congrats untuk semua yang dah Grad tu :) Terutama untuk classmate aku DSK4B. Even tak jumpa semua hari tu.


Alhamdulillah sebab aku dah dapat pingat Ketua Jabatan. Huhu angan2 tinggi tu nak dapat Anugerah Pengarah Poli tak pun Anugerah Ketua Jabatan. Cehhhhh tak payah mimpi la.


Masing-masing sibuk je nak bergambar sampai tak sempat kot. Ramai orang tak payah cakap la kan. Aduhai berpeluh2 ha pakai jubah konvo tu. Dah la besar ha, dah macam apa dah hehe. Malas dah nak bersauna dalam baju jubah tu so cepat2 pulangkan. Tadaaaaaa (ntah pape ;p) Legaaaa je masuk sikit angin ha. heeeeee ;p





Eh lupa, thank to my Suha sebab jadi photographer tak berbayar. heeeee. Heart u ketat2 sebab sanggup cuti and datang konvo. love u sangat2 yunk!!

Monday, May 16, 2011

cita-cita dulu dan cita-cita sekarang

DULU-DULU..

 semangat membara-bara nak further study. Haish usah cakap la membara macam mana kan. Dalam hati ni tuhan je yang tau macam mana semangat berkobar-kobar aku tu. Yela kan target aku at least nak dapat Dip oke yang tu lepas dah. Tapi prinsip hidup aku, paling rendah pun dip la. Tu paling rendah oke. Aku sebenarnya nak capai yang paling tinggi boleh aku capai. Tulah prinsip hidup aku. Tapi korang tau kan, manusia ni kadang2 hangat2 tahi ayam je. Mula2 ha ambil kau punya la semngat datang berduyun-duyun dah semarak nak mati. Tapi bila dah lama, jadi macam aku ni hah, cita-cita ntah kemana.

dan SEKARANG ha duduk la kau jadi kerani cabok (betul ke ejaan hehe :p) je. Ni la mak cakap belajar pandai2 tak mau. Bukan tak nak belajar pandai2 tapi kan sekarang ni ekonomi tak berapa stabil dah tak mengizinkan untuk daku melanjutkan pelajaran (ambik kau skema trus ;p). Disebabkan faktor2yang telah dinyatakan maka cita-cita ku untuk further study telah terkubur :( sedey weh. Nak buat macam mana kan. Korang-korang nak kasi aku duit ke? Ha kalau nak sila masukkan ke dalam tabung Cita-cita Amalina :)) terima kasih :). Takpelah as long as aku dapat rezeki yang halal dan berfaedah, syukur sangat2. Alhamdulillah :)

Thursday, April 21, 2011

menanti KONVO

hai hai hai (buat2 gedik)

Perasaan sekarang nih emmmmmmm sangat2 teruja untuk meghadiri hari konvokesyen aku nanti. Ala aku graduat Poli je kot tak la hebat sangat pun. Tapi bersyukur yang teramat sangat sebab study kat poli pun dapat ilmu n most important dapat KAWAN.


Aku konvo 24/5/11 ni. Sebulan lagi kot nak konvo tapi perasaan nih membuak2 sangat tak sabar2 nak konvo. Nak tau kenapa tak?

Sebab utama memangla nak dapatkan Dip. aku tu. ALAH dip je kot?? hehe oke la dari takde langsung kan3? 

Sebab kedua and yang ni paling penting because aku nak jumpa kawan2 aku la. RINDU sangat2 kat korang2 tau tak!! Confirm la pas konvo nih da tak leh nak jumpa korang2 da. So aku harap korang2 datang tau konvo nanti. DATANG TAU!! kalau tak aku merajuk dengan korang. huh!! 

Banyak benda pulak kena settle kan untuk konvo ni. (actually tak banyak pun saje nak sedapkan cite haha)

Kepada kawan2 yang akan menghadiri konvo nanti korang dah settle semua belum?


LANGKAH 1
E-KONVO

LANGKAH 2
Post surat jawapan


LANGKAH 3
Kajian Pengesanan Graduat


LANGKAH 4
Bank in duit anda yang banyak tu :)


LANGKAH 5
Tunggu konvo la hehehe






Friday, April 15, 2011

i heart u

tak ada pape nak story untuk entry ni. Cuma nak tunjuk gambar2 je. hehe c(:

bersama mereka-mereka yang aku sayang sangat!!! >.<








Sayang sangat kat mamat ni!!!

 Kawan-kawan kepada my SUHA





Random saja :)




Sudah habis. Sekian, terima kasih >.<!!

Thursday, April 7, 2011

kami yang bosan

HAHAHA!!(tetiba ketawa)~~sengal jugak!! sumpah cakap saat ni sangat-sangat dan teramatla bosan. Bos takde so kerja pun kureng la kan. Jadi bila da bosan tu masing2 buat kepala gila. Kitaorang menyelinap masuk dalam bilik bos. OPPPPPPSSSS kantoi!! haha bukan buat pape ok. Disebabkan dalam bilik dia je ada cermin so kami pun snap n clik sana clik sini. Saja nak hilangkan bosan sementara nak tunggu lunch nanti.

Picture meraban :




Wednesday, April 6, 2011

My Pelangi

Entry kali ni aku nak cite cket pasal budak-budak yang menjadi penyeri hidup aku. Al maklumla aku ni takde adik kecik. So berkasih sayang la dengan anak mak su aku. Kira nya family kitaorang memang agak rapat la dengan family mak su. Kadang-kadang bila tak ada mood memang kena marah la budak-budak tu. hahah jahat gila!! tapi aku sayang la kat diaorang2 ni and yang paling aku sayang dengan sorang budak kecik ni. IKAH namanya.  Aku paling suka dengar bila dak Ikah ni cakap "ADE AKU KISAH" (buat dengan suara paling comel korang ada) memang macam cute je bila dia cakap ayat tu. :)

Kalau nak pergi jalan2 dekat kawasan perumahan tu, memang dia sorang la yang aku utamakan. Sampaikan akak dia tengok je aku bawak adik dia. Sampai buat muka kesian. Dengan HARAPAN aku bawa di sekali. hahaha tapi sorry la aku nak bawa Ikah je. yang lain tak boleh ikut. hahaha!! padan muka korang. Nasib la dapat kakak sedara macam aku ni :)

Meh la tengok-tengok muka budak2 yang terbabit. hehe

ni la dak ikah tu. heeee :)

macam2 la korang nih. atoiiiiii >.<

kak de, abang, kak ya n ikah

teleng da kepala adek kau tu!!!
 Oke la. Sampai sini saja la entry aku yang tak berapa nak menarik ni. SEKIAN :)

I'm not perfect

Tipu la kan kalau ada manusia yang betul2 perfect dalam dunia ni. Yang betul-betul sempurna hanya milik NYA. Aku pun tak lari dari buat kesalahan. Nama pun manusia biasa kot. Kalau luar biasa tu jadi apa ek? makhluk asing kah? hahahaha sendiri jawab la kawan2. 

Kepada mereka2 yang aku ada buat salah tu. MAAF. Mungkin betul la kata kawan aku tu, aku cepat emosi and aku ni emosi tak kira tempat. Hehe tu la kelemahan aku, nak marah suka hati je. Korang2 yang mana kenal aku mesti korang tau perangai aku macam mana kan kan kan? itu sebabnya mereka2 gelarkan aku dengan gelaran "EMO" >.< hahahaha. Tapi nasib baik la aku dapat kawan2 yang memahami. Sayang korang ketat2 sebab tahan dengan perangai aku yang ntah pape ni. Eh jap2 entry aku ni ada kaitan dengan PERFECT ke? Fikir jap.............................................................

<selepas beberapa jam fikir> TIPU!! >.<

Ada..ada..ada dari segi emosi yang tak sempurna. Aish tak kan sokmo nak baik je kan? Dah HIPOKRIT kot!! Tapi sampai bila aku nak emosi tak tentu pasal kan. OKE2 mulai saat ini aku tak nak emo2 dah. Dalam proses mencuba mengawal perasaan la nih. hehe.

Monday, April 4, 2011

Bersama dia dan canon

Agak lama la kan tak update blog ni. Bukan apa tak de story mory la nak citer kat korang. Semalam seharian aku jalan2 ngn my suha n my canon. haha kami budak baru belajar. Suka hati je snap picture. Ala peduli apa aku, as long as dapat bergambar. biar tak cantik pun >.<!! 

seronok makan askem BR ek. haha

tembam giler2. oh no!!


bajet comey. ceitttttttt!! tak langsung

aku BESAR. so what? >.<

capture by my SUHA
muka penat


Wednesday, March 2, 2011

Braces a.k.a Pendakap Gigi a.k.a Gigi Besi

Semua orang pun suka nak nampak cantik. Tipu la kalau korang cakap korang tak nak cantik. Aku sanggup potong jari la kalau ada yang taknak cantik(kalau ada mak aiiii cancel2 mampus aku haha). Aku pun nak nampak cantik. Tapi ingat!! jangan cantik luaran je tapi dalaman hampehhh. Kena la seimbang kan. Nanti kalau jumpa mak mertua takde la korang ni nampak macam seorang pelakon, maksud aku berpura-pura baik la. Padahal subahanallah perangainya kalah nates huhu. Eh suda2 melalut pulak aku nih. Aku nak cerita pasal cita2 aku nak pakai braces cam gambar kat bawah nih

ni versi manusia, apa kata kita tengok versi kambing pakai braces pulak

haha macam cumel je kan?

Kan aku da cakap semua ORANG nak cantik, eh2 kenapa caps orang? haha yela tu kan gambar kambing, binatang tu. Ke korang rasa itu spesis manusia jugak? Korang tengok binatang pun pakai braces kot, nak nampak cantik jugak kot. Ni kan pulak manusia cam kita yang suka pada kecantikan. Berbalik kepada cita2 aku tu, aku dari dulu lagi nak pakai braces. Nak tau sebab apa? SEBAB GIGI AKU TAK CANTIK LA AKU NAK PAKAI BRACES!! Kalau da cantik gigi aku tu takde makna la cita2 aku tu kan. Tapi tula, aku bukan anak orang kaya   
(sob3 :( ) ~ Nak minta derma boleh tak?? haha gurau je. Nak minta mak aku belanja buat braces nih huh!! jawabnya memang tak mendapat la cik akak oiii. So dengan semangat yang menebal untuk kelihatan cantik setiap kali ak senyum kat korang2 nih dengan barisan gigi2 yang menawan(bila la dapat senyum betul?) akan aku ikat perut, saving, tak payah shopping dengan hasrat simpan duit untuk pakai braces :)) wah!! bersemangat giler la hehe.

Aku nak bagi tips untuk korang2 yang ada cita2 cam aku nih, jom kita baca oke!!
( Aku ambil info nih dekat http://komunitibraces.blogspot.com )

1. BERSEDIA- dari segi mental dan fizikal

Mental-maknanya sudah sedia untuk ada "benda baru" dalam mulut, rasa kurang selesa dan inshaAllah jika anda bersedia, sepanjang tempoh pemakaian braces anda akan cepat ADAPT..atau menyesuaikan diri, dan BRACES JADI sebahagian dari anggota tubuh anda(untuk sementara) jadi tidaklah sakit sangat..tak selesa dan macam2 lagi.

Fizikal-persediaan dari segi kewangan, perbandingan harga dan juga alatan penjagaan mulut, ubat kumur, ubat gigi yang lebih sesuai dan sebagainya..Perbelanjaan dan kebijaksanaan anda membanding harga rawatan dan khidmat doktor penting.

2.BERILMU-SURF INTERNET BUAT SEDIKIT KAJIAN DAN SOAL SELIDIK rakan yang sudah memakai
Apabila ada perkongsian anda akan lebih bersedia. Contoh, prosedur permulaan, makanan sesuai, tempoh menyesuaikan diri dan sebagainya..

3. INSYAALLAH dengan dua tips ini IAITU BERSEDIA DAN BERILMU anda akan dapati keputusan anda memakai pendakap gigi adalah KEPUTUSAN YANG TEPAT..jangan semberono dan jangan lakukan kerana terpaksa..

Jadi korang kena lah start buat search pasal braces nih, at least ada ilmu jugak kan. Tak salah pun kalau tambah ilmu. Lagi banyak ilmu lagi hormatla orang kat kita. Oke la kawan2 sekalian, aku nak tengok tabung ayam aku tu cukup ke tak duit hahaha. daaaaaaaa :))

Tuesday, March 1, 2011

Kenapa suka fikir bukan-bukan

Masalah problem btol la. Nak suruh aku cakap macam mane lagi tak tahu la. Cakap da abes lembut + manja tau. Asal u tak lembut hati jugak? atoiiiiii lu manyak wat wa lasa pening maaa(dilek cina pelat) hahah. Boleh lagi aku nak gelak, padahal dalam hati geram nak mampos. Kalau cakap kasar2 nanti fikir orang tak sayang dia. Cakap lemah, lembut, gemalai, sepoi2 bahasa mula la tak paham. Menci taw. Oke lah kita guna bahasa senang, "Awak, saya tak tipu awak pun. Awak jangan la fikir bukan2. Saya tak suka bila awak tuduh saya macam2. Serabut taw. Ha senang sgt awak ikut je mana saya g. Eh tapi bukan la sampai tempat2 privacy. Saya yakin la awk mesti da tak fikir bukan2 da". Itu pun kalau dia nak paham. Taknak paham suda, aku da bgtaw apa yang betul. Its up to u nak judge me macam mana. Suda lah tulis banyak2 pun tak guna. Choww nak g selesaikan masalah rumah tangga nih.daaaaaa


p/s: Suha iloveu :p

jangan curang ye sayang

Olowh2 macam sweet je kan? ha sweet2 jugak tapi tegas tau  JANGAN CURANG OKE!! kan da kena caps and highlight lagi. Orang zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Even aku sayang kau bagai nak mampus, tapi dalam diam2 pasang la dia punya spare part yang banyak tu. Konon "hey, aku ada 3 kekosongan oke"(ingat dia buat iklan kerja kosong agaknye). Hello, hati ini bukan untuk di permainkan. So try la hargai hati yang suci ni (wahhh gitu plak ek) hehe. Tak leh nak salah kan lelaki ke perempuan ke. Dua2 pun sama la. Sendiri mau fikir la derr. Kalau rasa diri tu macam gud2 je, try la. Rasa nak kena hempuk dengan batang penyapu..hahah emo plak aku nih. Aku bgtau ni pun untuk peringatan diri aku jugak. Kepada sayangku suha, jangan nak mengada-ngada curang oke, hey iloveusomuch la. Tak cukup lagi ke?? hehe :p

Worker

Aku baru je keja kat company guaman ni. Tak sampai sebulan lagi. Memang banyak benda yang aku kena belajar. But, within this week bos aku pergi Australia. So ape ag, enjoy la..haha pekerja tak guna betul. Bos tak de kau naik tocang ye. Oke la naik tocang dari naik tanduk..aduiiiii, jadi NATES(terbalikkan)plak. Kat ofis ni ada 2 pekerja je..aku and sowg ag pekerja lelaki. Memang bosan la kot. Sebab tu jadi rajin men'update' blog baru nak memBESAR nih. Harapan dan wawasan sebagai pekerja baru adalah:
  • menjadi pekerja yang boleh di harap
  • bekerja dengan penuh bertanggungjawab
  • jangan sibuk nak update blog je (ha kantoi c(: )
sudah2 cukup setakat sini je. Ntah boleh ke tidak aku ni kan (ye2 je kau amalina)

new blogger

hai all :)

I'm new as a blogger. B4 this aku ada dah blog tapi tak selalu update. So aku let it macam tu. Malas sangat nak update. Conclusion, aku create another blog, and here it is. B4 aku membebel yang ntah pape nih, jom la kenal2 dengan aku..hehe promote diri sendiri pulak ngeeeee :D

Amalina Zahra Binti Amirrudin
just call me Nana
Kuantan, Pahang
Work as Secretary at Syarikat Rodziah (Advocates&Solicitors)
19 March 1990
3 siblings including me

Interested towards :
Mini Cooper

Addicted to :

In love with:
my suha