Saturday, March 29, 2014

#step to : D.I.Y

Haiii sume!!

Hokeyy tajuk kita arini sgt sgt klise sbb most of b2b skrang ni sume nak d.i.y and of course la i'm one of them. Bukan ape kalau kita d.i.y sume tu dapat la cut cost ape yang patot kan. That's why la aku pun nak d.i.y ape je yang aku rasa aku boleh make it by myself. Aku tak la expert pun pasal adobe photoshop nih tapi cket2 tu boleh la kan. So dengan sedikit ilmu yang aku dapat dari kawan aku ekin n khidmat pakcik google and makcik youtube maka dapat la aku design kad kawen aku sendiri. Hehehe. Gigih tau aku nak siapkan kad nih. Even takla cantik mana tapi comel tu ade laaa (nak sedapkan hati. heeee)


  okayy. ni design kad kawen aku nanti. tak la cantik kan. tapi comel tu ade. heeee 
*tarikh dan tempat di rahsiakan lagi :)
*peta tak buat sebab tgh google lagi brushes yang ohsemm untuk peta :)

Selain dari kad kawen aku design sendiri, aku ade buat design yang sama warna yang sama dan tema yang sama untuk button badges, bunting, tq tag. 

 ni untuk button badge. tak siap lagi ade few wording nak letak. tp camnilah.

ini untuk bunting

ni plak tq tag.

okehh laaa. sementara takde ape nak buat ni. nak sambung untuk welcome board pulak. daaaaa

Saturday, March 22, 2014

bertukar status

Assalamualaikum awak, awak dan awakkkk. hehehe

camne nak mula ek? malu pulak nak cerita. hahah (gelak gedik sambil tutup mulut. nyampah!!)
emmm korang pun tau kan sekarang ni musim orang bertunang, kahwin kan?? actually aku dah bertukar status as tunangan org. Alhamdulillah majlis simple berjalan lancar. Majlis tak plan pun. Aku plan bulan 12 tahun lepas. Tapi memandangkan bulan 12 tahun lepas Kuantan di timpa musibah yang sangat besar. Korang pun dah tau kan musibah ape, so tak perlulah aku nak cerita benda sedih kan. Di sebabkan perkara tersebut, aku terpaksa batal kan niat untuk bertunang. sedih tu tak payah cakap la kan.

Tapi....Alhamdulillah Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk hambaNYA. Nak jadi kan cerita, aku apply cuti awal bulan haritu. Cuti pun sebab dah lama tak jumpa family aku. RINDU okeh!! pastu kebetulan sedara aku Sofea buat majlis dye bertunang pada hari Ahad nye. Tetiba mak aku tanya soalan yang buat aku tersipu malu depan suha. hehehe. Situasi nye macam ni:

Tempat : Dapur (lepak-lepak anak beranak borak-borak)
Kejadian : Selepas majlis bertunang Sofea.

Umi : Suha, awak dgn nana (aku) ape cite? aritu plan nak tunang kan?
Suha : aah umi. memang pun (muka cuak)
aku : ha ha tak tahu (muka bodo)
Umi : jadi nya macam mana? sambil buat kening ziana zain (ok yang ni aku tipu. hahah)
Suha : (dengan slumber jawab) sebenarnye memang nak buat kejutan utk nana. Saya nak bawak family saya datang rumah hujung minggu ni sebelum nana balik johor. Nak bertunang terus.
aku : muka blurrr taktau cakap ape. mulut melopong. dalam hati suha ke yang cakap tu??? (sumpah terkejut!!)
Umi : ok baguslah.
aku : pandang suha sampai mata tak kelip mulut melopong lagi. hahaha
Suha : buat muka menganjing sebab berjaya buat kejutan.
(kedengaran suara belakang 'hehehe lepas nih angah pulak mengigil nak kena sarung cincin')

Lepas je perbualan kosong dan slumber kami. So, majlis berlaku sehari sebelum aku balik johor. Naseb la barang-barang hantaran sume dah sedia. Kitaorang dah siapkan awal-awal untuk majlis yang tak jadi before ni kan. Alhamdulillah takde la kelam kabut. Aku pun tak harap majlis grand. Tunang je pun tak payah bazir. Jemputan pun cukuplah sedara mara aku n family Suha memandangkan sedara mara Suha duduk Kelantan jadi tak dapat datang. Pastu kawan-kawan aku yang dekat 2,3 orang.

Tapi aku syukur sangat sebab majlis sempurna dengan perbincangan kedua belah pihak di persetujui. Alhamdulillah. Amin. Thanks to Abg Long (Suami Kak Long Fizah) sebab dah jadi orang tengah yang sangat-sangat berjaya!! siap sediakan teks untuk majlis okeh. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

 heeee. Naseb lahh Suha nih jenis ambil berat jugak. Thanks b sebab dah mendeco mini pelamin. 

Okayy. Ni hasil dari kami. heeeee

Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.

 Anak kami. ehhhh bukan. anak ekin yang sangat montel!! geram

 bakal mak mertua saya!! *ngehhh malu

 Kawan-kawan saya!!

 Tunang saya!!

umi saya!!

Harapan agar hubungan yang baru dengan status baru dapat mematangkan aku lagi.

Menanti hari bahagia. Semoga Allah permudahkan semua. Amin

To tunang : Thanks sebab tahan dengan perangai saya. hehe. me love u!!

Dah 7 BULAN

Assalamualaikum kawan-kawan. hehe

Fuhhh!! berhabuk blog aku nih. Al maklumlahh lama dah tak update blog ni. Even aku tau bukan ade yang nak baca blog aku nih. hahah. Pedulik ape aku. Biar lahh nak perasan macam ade korg, korang n korang baca kan???? hehe

okay enough. Arini aku nak citer pasal.........erkkk ape ek? heeee. haaa....pasal aku dah pakai braces!! omeyeahhhh! hahaha (selok). Aku kan pernah bgtau dlu ntah bpe tahun lepas aku tak tahu la (nyanyuk) pasal aku nak pakai braces kan? alaaa ade laaa. ok fine taktau eh? abaikan.

Aku dah pkai 7 bulan lepas. Aku pakai hasil duit aku rekrut tau. Alhamdulillah ade jugak rezeki aku pakai braces nih. Kegembiraannya memang tak dapat di gambarkan. hahaha. Hasil nya sekarang, aku dapat senyum dengan barisan gigi yang cantik. Alhamdulillah. Cantik lahh dari sebelum ni. hehe.


Taraaa...gigi dah RAPAT!! hehe

Aku taknak masukkan keadaan gigi aku before pakai braces nihh. sebab? SAJA. Hahahahah.

Sekarang aku rasa sangat-sangat puas hati hehehe. Aku kena pkai benda alah ni untuk jangka masa Setahun setengah je. Memandang keadaan gigi aku bukan pada tahap kritikal so kejap jela aku pakai. Bulan 6 2015 insya allah dah tak pakai. So buat masa sekarang nihh kena la hadap dengan tohmahan orang-orang sekeliling dengan panggilan gigi besi. Peduli ape. Janji aku boleh senyum sampai telinga. teheeeeeee :D

Ohhh lupa. aku pasang braces ni dekat Klinik Pergigian Dharshan, Kuantan. So orang Kuantan yang nak gigi cantik tuu boleh lah pegi kat Klinik ni ye. Dr Dharshan ni pun ok, baik. Takpun boleh call no ni 09-566 5739 or dah terlebih rajin sangat pegi terus kat Klinik ni kat A-6804, (1st Floor) Jalan Beserah, 25300 Kuantan. Landmark nye  berdekatan dengan kedai makan 777 (kalau org kuantan tahu lahh). Mesti korang nak tanya pasal harga kan?? korang kena lah pegi sendiri tanya Doktor Dharshan sebab aku BUKAN DOKTOR. hahahah. Rajin-rajin kan lah diri ye uolls sume. heee

okaylahh. sampai sini saja. daaaa :)