Saturday, March 22, 2014

bertukar status

Assalamualaikum awak, awak dan awakkkk. hehehe

camne nak mula ek? malu pulak nak cerita. hahah (gelak gedik sambil tutup mulut. nyampah!!)
emmm korang pun tau kan sekarang ni musim orang bertunang, kahwin kan?? actually aku dah bertukar status as tunangan org. Alhamdulillah majlis simple berjalan lancar. Majlis tak plan pun. Aku plan bulan 12 tahun lepas. Tapi memandangkan bulan 12 tahun lepas Kuantan di timpa musibah yang sangat besar. Korang pun dah tau kan musibah ape, so tak perlulah aku nak cerita benda sedih kan. Di sebabkan perkara tersebut, aku terpaksa batal kan niat untuk bertunang. sedih tu tak payah cakap la kan.

Tapi....Alhamdulillah Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk hambaNYA. Nak jadi kan cerita, aku apply cuti awal bulan haritu. Cuti pun sebab dah lama tak jumpa family aku. RINDU okeh!! pastu kebetulan sedara aku Sofea buat majlis dye bertunang pada hari Ahad nye. Tetiba mak aku tanya soalan yang buat aku tersipu malu depan suha. hehehe. Situasi nye macam ni:

Tempat : Dapur (lepak-lepak anak beranak borak-borak)
Kejadian : Selepas majlis bertunang Sofea.

Umi : Suha, awak dgn nana (aku) ape cite? aritu plan nak tunang kan?
Suha : aah umi. memang pun (muka cuak)
aku : ha ha tak tahu (muka bodo)
Umi : jadi nya macam mana? sambil buat kening ziana zain (ok yang ni aku tipu. hahah)
Suha : (dengan slumber jawab) sebenarnye memang nak buat kejutan utk nana. Saya nak bawak family saya datang rumah hujung minggu ni sebelum nana balik johor. Nak bertunang terus.
aku : muka blurrr taktau cakap ape. mulut melopong. dalam hati suha ke yang cakap tu??? (sumpah terkejut!!)
Umi : ok baguslah.
aku : pandang suha sampai mata tak kelip mulut melopong lagi. hahaha
Suha : buat muka menganjing sebab berjaya buat kejutan.
(kedengaran suara belakang 'hehehe lepas nih angah pulak mengigil nak kena sarung cincin')

Lepas je perbualan kosong dan slumber kami. So, majlis berlaku sehari sebelum aku balik johor. Naseb la barang-barang hantaran sume dah sedia. Kitaorang dah siapkan awal-awal untuk majlis yang tak jadi before ni kan. Alhamdulillah takde la kelam kabut. Aku pun tak harap majlis grand. Tunang je pun tak payah bazir. Jemputan pun cukuplah sedara mara aku n family Suha memandangkan sedara mara Suha duduk Kelantan jadi tak dapat datang. Pastu kawan-kawan aku yang dekat 2,3 orang.

Tapi aku syukur sangat sebab majlis sempurna dengan perbincangan kedua belah pihak di persetujui. Alhamdulillah. Amin. Thanks to Abg Long (Suami Kak Long Fizah) sebab dah jadi orang tengah yang sangat-sangat berjaya!! siap sediakan teks untuk majlis okeh. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

 heeee. Naseb lahh Suha nih jenis ambil berat jugak. Thanks b sebab dah mendeco mini pelamin. 

Okayy. Ni hasil dari kami. heeeee

Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.

 Anak kami. ehhhh bukan. anak ekin yang sangat montel!! geram

 bakal mak mertua saya!! *ngehhh malu

 Kawan-kawan saya!!

 Tunang saya!!

umi saya!!

Harapan agar hubungan yang baru dengan status baru dapat mematangkan aku lagi.

Menanti hari bahagia. Semoga Allah permudahkan semua. Amin

To tunang : Thanks sebab tahan dengan perangai saya. hehe. me love u!!

No comments: