Thursday, November 6, 2014

First Trimester

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur dapat lagi bernyawa hari ni.

Alhamdulillah. Korg sume dah maklumkan aku ade bagi tau haritu aku dah pregnant kan. Syukur sangat diberi rasa nikmat mengandung awal. Sama usia dengan perkahwinan aku. Amin memang syukur tak terhingga rezeki dapat baby awal. Aku actually takdela plan nak pregnant awal kan. Tapi Alhamdulillah Allah bagi peluang and rezeki kat aku awal2. Tak dan nak honeymoon lama2. Kahkahkah. Sampaikan MIL pon dah warning rancang dlu sebab al maklumla suami aku baru nak stabilkan kerja dia dekat tempat baru. Aku plak baru je setahun kerja. So maksud MIL aku tu bukan la tak bagi ngndung awal2 cuma untuk stabilkam hidup baru ni.

Hehe sori umi, nana dah termengandung la. Heeeee. Tapi aku kalau boleh taknak rancang pape sebab takot kalau2 duk sibuk rancang bagai Allah tak bagi teros rezeki. So takpe la anak ni pembawa rezeki besar untuk kita. Alhamdulillah sejak pregnant ni rezeki tu takde la melimpah ruah. Tapi ada la juga.

Untuk 1st trimester ni, aku tak alami pape alahan pun. Cuma awal2 before confirm aku ni pregnant ade la batuk2 sampai seminggu lebih baru baik. Lepas pada tu da takde pape alahan. Mungkin baby takmo bg ibu dia sakit kot. Hehehe love you baby kecik. *muahciked hihi. Sekarang ni aku dah pregnant dua bulan lebih. Penat2 tu cam biasa lah. Yang paling takley blah, berat badan la. Naik hiuhhhh macam tak ley kawal. Baru sebulan aritu pas check up dgn Klinik Kesihatan Tiram aku dah dengan jaya sejayanya naikkan badan aku yang sedia berat ni sebanyak 2 kilo. Memang rasa lepas ni naik berkilo2 lagi la T.T sadiss gila. Baby please bagi ibu rase morning sickness supaya dpt kurang kan badan cket. Hihi boleh cenggitu? *baby jawab 'ibu ni tak bersyukur agaknya' hahhaha taklahh gurau ajeee. :p

Okeh cerita pasal moment first day tau yang aku ni pregnant sebenarnye takde secara surprise sangat pun sebab aku dah dapat rasa instinct yang kuat mengatakan aku ni pregnant. Kenapa? Ntahla. Mungkin sebab badan kita kan kita tau la ape perubahan yang jadi. Korang nak tau, aku punya keterujaan tu sebelum masa time period aku sepatutnya datang aku dah pegi beli UPT tu. Hahah terasa bangang yang amat. Tapi memang la -ve result dia. Tak payah tanye. Hahha

Lepas aku dah missed period sehari aku pegi beli lagi UPT tak nyabo2 dah balik je tros test. Hasil nya 1 line n lagi 1 just nampak tak nampak je. Okehh hampa lagi. Aku pun sibuk la tanye orang tu orang ni untuk sahkan UPT aku yang memang sah2 macam -ve tu. Tapi aku macam tak la percaya sgt kan. Sebab instinct tu penting. Hahha. Takmo mengalah. Nak jugak menang.

Keesokkan harinya aku just plan nak ambil UPT dekat PPAT (Pusat Perubatab Angkatan Tentera) so aku pegi la minta kat akak nurse tu. Niat sebenar nak test kat rumah je. Tapi tetiba akak tu tanya 'awak tau tak nak guna camna ni?'. Aku tau je nak guna tapi saje nak tunjuk bodo cket. Hahaha. So aku geleng jela kepala aku nih. Pastu akak tu tros suruh aku pegi test time tu jugak. Dia dah siap koyakkan bungkusan UPT tu. Dah akak tu dah koyakkan takkan aku nak test kat rumah plak. So aku follow je. Aku risau jugak takot -ve lagi kan. Kalau buat kat rumah aku je tau result dia. So takde la kecoh2 bagitau orang or orang tau. So tawakal jela time tu. Dah la aku pegi sana mse tu pkul 2 lebih tak silap aku. Confirm2 la bacaan maybe tak accurate. Sebab nak tau bacaan accurate kena la test time pagi. Urine yang pertama pagi tuu. Aku ni dah petang. Risau jugak kan.

Aku pun test jela dengan perasaan ntah lah risau la kot sebab takot -ve. Mula2 tu memang la 1 line je. Ok aku tengok je kt UPT tu tak ingat plak brape saat tapi tak sampai seminit pun tros line kedua tu kua dengan seterangnya. Aku ape lagi hati bunga2 la ibarat baru lepas pegi date. Aku dengan senyum da memang terukir dari dalam toliet lagi cepat2 pagi tunjuk kat akak nurse tu and ayat keramat dia yang memang aku tunggu 'tahniah positif, awak bakal jadi ibu' heeeeee lagi la senyum melerek2. Ohhh bahagia sangat rasa. So trus ambil fon taip no suami bagi tahu direct tak sempat da nak bagi surprise kat dia. On call je bagitahu. Ntah ape reaksi tak tahu tapi aku terasa sangat2 happy gila. Ibarat result spm dengan flying colours nyee. Alhamdulillah memang syukur tak terhingga. Tros call umi tersayang bagi tahu yang dia akan jadi nenek untuk pertama kalinya. Heeeeee

Doakan aku dan baby sihat ok sume :)

Saturday, October 4, 2014

29 Ogos 2014

Assalamualaikum uolls

Heeee lame betol tak update blog yang ntah brape org je yang baca. Nth2 takde langsung org baca. Huuuu sadis btol.

Biar laa ade org baca ke tak. Ni salah satu diari utk masa depan. Yela da tua nanti bkn ingt pun tarikh2 istimewa yang happen dlm hidup kita kan. So blog ni salah satu tempat untuk cerita laa.

Okehh dah cukup melalut. Uolls perasan tak tarikh kat title atas tuuuu. Alaaa namo la buat tak perasan *mencikk ahhh *gedikk sgtt. Hahaaha

Ade ape dgn tarikh tuuu? Pada korg takde ape and mesti korg just fikir hari merdeka 31 Ogos je kan kan kan. Ok ok aku bgtau. I'm officially Suha's wife. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah jadi isteri kepada Mohamad Nasuha bin Roslan. Amin Ya Allah.

Kitaorg bercinta tak lama pon 4 tahun je. Alhamdulillah lepas byk dugaan,cobaan dan onak duri *ecehhh poyo yang ktaorg lalui pada 29 Ogos 2014 jam 9 malam aku sah menjadi isteri kepada dia. Perasaan masa tu sangat2 hepi tapi tak nanges pun *aku kental ok. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan hari and cuaca yang sangat ohsemm.

Sekarang nih da genap sebulan lebihh da pun aku pegang title isteri org *dah basi baru nak update heeee saje je sebab takde idea. Kebetulan malam ni mood rajin macam rancak je kan. *ecehhecehh

And and ade satu lagi BERITA GEMBIRA aku nak kongsi dgn uolls sekalian *jengjengjeng hihihi Alhamdulillah syukur sgt2 aku dah PREGNANT! Ohh sgt2 hepi tp segan pun sama sebab ramai sangat menyakat cakap advance la,power laa. Hadoiii sabar jela. Takde nye power kalau Allah tentukan belum rezeki jadi takde lah. Tapi Alhamdulillah rezeki aku and suami awal. Alhamdulillah Alhamdulillah. Excited, takot,berjaga2 sume bercampur sekali.

Okehh next entry aku cite pasal pregnancy aku yg baru sebulan lebih nihh.

Doakan baby and aku sehat ye uolls. Semoga bby kuat and stay smpai selamat sume nye. Amin

Tuesday, April 1, 2014

#step to : another design

holaaa Malaysian.

Korang, korang korang......heheh saje je. takde ape (muka mintak penampo)

Aku terpaksa buat design lain utk kad kawen aku. sebab nye?

1. Kad dulu kalau utk printing words akan kabur sebab salah setting.

2. Dah alang-alang nak buat baru, aku terus buat design lain. (rajin lah sangat)

3. Aku over excited untuk explore photoshop even still in learning process. (alahh kau jemah, bukan expert pun) mmg la tak expert sebab tu dlm proses belajar lagi. Okaylah dari takde langsung kn?

saiz 3x6









Saturday, March 29, 2014

#step to : D.I.Y

Haiii sume!!

Hokeyy tajuk kita arini sgt sgt klise sbb most of b2b skrang ni sume nak d.i.y and of course la i'm one of them. Bukan ape kalau kita d.i.y sume tu dapat la cut cost ape yang patot kan. That's why la aku pun nak d.i.y ape je yang aku rasa aku boleh make it by myself. Aku tak la expert pun pasal adobe photoshop nih tapi cket2 tu boleh la kan. So dengan sedikit ilmu yang aku dapat dari kawan aku ekin n khidmat pakcik google and makcik youtube maka dapat la aku design kad kawen aku sendiri. Hehehe. Gigih tau aku nak siapkan kad nih. Even takla cantik mana tapi comel tu ade laaa (nak sedapkan hati. heeee)


  okayy. ni design kad kawen aku nanti. tak la cantik kan. tapi comel tu ade. heeee 
*tarikh dan tempat di rahsiakan lagi :)
*peta tak buat sebab tgh google lagi brushes yang ohsemm untuk peta :)

Selain dari kad kawen aku design sendiri, aku ade buat design yang sama warna yang sama dan tema yang sama untuk button badges, bunting, tq tag. 

 ni untuk button badge. tak siap lagi ade few wording nak letak. tp camnilah.

ini untuk bunting

ni plak tq tag.

okehh laaa. sementara takde ape nak buat ni. nak sambung untuk welcome board pulak. daaaaa

Saturday, March 22, 2014

bertukar status

Assalamualaikum awak, awak dan awakkkk. hehehe

camne nak mula ek? malu pulak nak cerita. hahah (gelak gedik sambil tutup mulut. nyampah!!)
emmm korang pun tau kan sekarang ni musim orang bertunang, kahwin kan?? actually aku dah bertukar status as tunangan org. Alhamdulillah majlis simple berjalan lancar. Majlis tak plan pun. Aku plan bulan 12 tahun lepas. Tapi memandangkan bulan 12 tahun lepas Kuantan di timpa musibah yang sangat besar. Korang pun dah tau kan musibah ape, so tak perlulah aku nak cerita benda sedih kan. Di sebabkan perkara tersebut, aku terpaksa batal kan niat untuk bertunang. sedih tu tak payah cakap la kan.

Tapi....Alhamdulillah Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk hambaNYA. Nak jadi kan cerita, aku apply cuti awal bulan haritu. Cuti pun sebab dah lama tak jumpa family aku. RINDU okeh!! pastu kebetulan sedara aku Sofea buat majlis dye bertunang pada hari Ahad nye. Tetiba mak aku tanya soalan yang buat aku tersipu malu depan suha. hehehe. Situasi nye macam ni:

Tempat : Dapur (lepak-lepak anak beranak borak-borak)
Kejadian : Selepas majlis bertunang Sofea.

Umi : Suha, awak dgn nana (aku) ape cite? aritu plan nak tunang kan?
Suha : aah umi. memang pun (muka cuak)
aku : ha ha tak tahu (muka bodo)
Umi : jadi nya macam mana? sambil buat kening ziana zain (ok yang ni aku tipu. hahah)
Suha : (dengan slumber jawab) sebenarnye memang nak buat kejutan utk nana. Saya nak bawak family saya datang rumah hujung minggu ni sebelum nana balik johor. Nak bertunang terus.
aku : muka blurrr taktau cakap ape. mulut melopong. dalam hati suha ke yang cakap tu??? (sumpah terkejut!!)
Umi : ok baguslah.
aku : pandang suha sampai mata tak kelip mulut melopong lagi. hahaha
Suha : buat muka menganjing sebab berjaya buat kejutan.
(kedengaran suara belakang 'hehehe lepas nih angah pulak mengigil nak kena sarung cincin')

Lepas je perbualan kosong dan slumber kami. So, majlis berlaku sehari sebelum aku balik johor. Naseb la barang-barang hantaran sume dah sedia. Kitaorang dah siapkan awal-awal untuk majlis yang tak jadi before ni kan. Alhamdulillah takde la kelam kabut. Aku pun tak harap majlis grand. Tunang je pun tak payah bazir. Jemputan pun cukuplah sedara mara aku n family Suha memandangkan sedara mara Suha duduk Kelantan jadi tak dapat datang. Pastu kawan-kawan aku yang dekat 2,3 orang.

Tapi aku syukur sangat sebab majlis sempurna dengan perbincangan kedua belah pihak di persetujui. Alhamdulillah. Amin. Thanks to Abg Long (Suami Kak Long Fizah) sebab dah jadi orang tengah yang sangat-sangat berjaya!! siap sediakan teks untuk majlis okeh. Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

 heeee. Naseb lahh Suha nih jenis ambil berat jugak. Thanks b sebab dah mendeco mini pelamin. 

Okayy. Ni hasil dari kami. heeeee

Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.

 Anak kami. ehhhh bukan. anak ekin yang sangat montel!! geram

 bakal mak mertua saya!! *ngehhh malu

 Kawan-kawan saya!!

 Tunang saya!!

umi saya!!

Harapan agar hubungan yang baru dengan status baru dapat mematangkan aku lagi.

Menanti hari bahagia. Semoga Allah permudahkan semua. Amin

To tunang : Thanks sebab tahan dengan perangai saya. hehe. me love u!!

Dah 7 BULAN

Assalamualaikum kawan-kawan. hehe

Fuhhh!! berhabuk blog aku nih. Al maklumlahh lama dah tak update blog ni. Even aku tau bukan ade yang nak baca blog aku nih. hahah. Pedulik ape aku. Biar lahh nak perasan macam ade korg, korang n korang baca kan???? hehe

okay enough. Arini aku nak citer pasal.........erkkk ape ek? heeee. haaa....pasal aku dah pakai braces!! omeyeahhhh! hahaha (selok). Aku kan pernah bgtau dlu ntah bpe tahun lepas aku tak tahu la (nyanyuk) pasal aku nak pakai braces kan? alaaa ade laaa. ok fine taktau eh? abaikan.

Aku dah pkai 7 bulan lepas. Aku pakai hasil duit aku rekrut tau. Alhamdulillah ade jugak rezeki aku pakai braces nih. Kegembiraannya memang tak dapat di gambarkan. hahaha. Hasil nya sekarang, aku dapat senyum dengan barisan gigi yang cantik. Alhamdulillah. Cantik lahh dari sebelum ni. hehe.


Taraaa...gigi dah RAPAT!! hehe

Aku taknak masukkan keadaan gigi aku before pakai braces nihh. sebab? SAJA. Hahahahah.

Sekarang aku rasa sangat-sangat puas hati hehehe. Aku kena pkai benda alah ni untuk jangka masa Setahun setengah je. Memandang keadaan gigi aku bukan pada tahap kritikal so kejap jela aku pakai. Bulan 6 2015 insya allah dah tak pakai. So buat masa sekarang nihh kena la hadap dengan tohmahan orang-orang sekeliling dengan panggilan gigi besi. Peduli ape. Janji aku boleh senyum sampai telinga. teheeeeeee :D

Ohhh lupa. aku pasang braces ni dekat Klinik Pergigian Dharshan, Kuantan. So orang Kuantan yang nak gigi cantik tuu boleh lah pegi kat Klinik ni ye. Dr Dharshan ni pun ok, baik. Takpun boleh call no ni 09-566 5739 or dah terlebih rajin sangat pegi terus kat Klinik ni kat A-6804, (1st Floor) Jalan Beserah, 25300 Kuantan. Landmark nye  berdekatan dengan kedai makan 777 (kalau org kuantan tahu lahh). Mesti korang nak tanya pasal harga kan?? korang kena lah pegi sendiri tanya Doktor Dharshan sebab aku BUKAN DOKTOR. hahahah. Rajin-rajin kan lah diri ye uolls sume. heee

okaylahh. sampai sini saja. daaaa :)