Wednesday, March 2, 2011

Braces a.k.a Pendakap Gigi a.k.a Gigi Besi

Semua orang pun suka nak nampak cantik. Tipu la kalau korang cakap korang tak nak cantik. Aku sanggup potong jari la kalau ada yang taknak cantik(kalau ada mak aiiii cancel2 mampus aku haha). Aku pun nak nampak cantik. Tapi ingat!! jangan cantik luaran je tapi dalaman hampehhh. Kena la seimbang kan. Nanti kalau jumpa mak mertua takde la korang ni nampak macam seorang pelakon, maksud aku berpura-pura baik la. Padahal subahanallah perangainya kalah nates huhu. Eh suda2 melalut pulak aku nih. Aku nak cerita pasal cita2 aku nak pakai braces cam gambar kat bawah nih

ni versi manusia, apa kata kita tengok versi kambing pakai braces pulak

haha macam cumel je kan?

Kan aku da cakap semua ORANG nak cantik, eh2 kenapa caps orang? haha yela tu kan gambar kambing, binatang tu. Ke korang rasa itu spesis manusia jugak? Korang tengok binatang pun pakai braces kot, nak nampak cantik jugak kot. Ni kan pulak manusia cam kita yang suka pada kecantikan. Berbalik kepada cita2 aku tu, aku dari dulu lagi nak pakai braces. Nak tau sebab apa? SEBAB GIGI AKU TAK CANTIK LA AKU NAK PAKAI BRACES!! Kalau da cantik gigi aku tu takde makna la cita2 aku tu kan. Tapi tula, aku bukan anak orang kaya   
(sob3 :( ) ~ Nak minta derma boleh tak?? haha gurau je. Nak minta mak aku belanja buat braces nih huh!! jawabnya memang tak mendapat la cik akak oiii. So dengan semangat yang menebal untuk kelihatan cantik setiap kali ak senyum kat korang2 nih dengan barisan gigi2 yang menawan(bila la dapat senyum betul?) akan aku ikat perut, saving, tak payah shopping dengan hasrat simpan duit untuk pakai braces :)) wah!! bersemangat giler la hehe.

Aku nak bagi tips untuk korang2 yang ada cita2 cam aku nih, jom kita baca oke!!
( Aku ambil info nih dekat http://komunitibraces.blogspot.com )

1. BERSEDIA- dari segi mental dan fizikal

Mental-maknanya sudah sedia untuk ada "benda baru" dalam mulut, rasa kurang selesa dan inshaAllah jika anda bersedia, sepanjang tempoh pemakaian braces anda akan cepat ADAPT..atau menyesuaikan diri, dan BRACES JADI sebahagian dari anggota tubuh anda(untuk sementara) jadi tidaklah sakit sangat..tak selesa dan macam2 lagi.

Fizikal-persediaan dari segi kewangan, perbandingan harga dan juga alatan penjagaan mulut, ubat kumur, ubat gigi yang lebih sesuai dan sebagainya..Perbelanjaan dan kebijaksanaan anda membanding harga rawatan dan khidmat doktor penting.

2.BERILMU-SURF INTERNET BUAT SEDIKIT KAJIAN DAN SOAL SELIDIK rakan yang sudah memakai
Apabila ada perkongsian anda akan lebih bersedia. Contoh, prosedur permulaan, makanan sesuai, tempoh menyesuaikan diri dan sebagainya..

3. INSYAALLAH dengan dua tips ini IAITU BERSEDIA DAN BERILMU anda akan dapati keputusan anda memakai pendakap gigi adalah KEPUTUSAN YANG TEPAT..jangan semberono dan jangan lakukan kerana terpaksa..

Jadi korang kena lah start buat search pasal braces nih, at least ada ilmu jugak kan. Tak salah pun kalau tambah ilmu. Lagi banyak ilmu lagi hormatla orang kat kita. Oke la kawan2 sekalian, aku nak tengok tabung ayam aku tu cukup ke tak duit hahaha. daaaaaaaa :))

6 comments:

eda said...

kalau muka tak cantik tp baek cam aku bleh...? hahaha..., ditimpa perasaan betol la kan ikan kerapu ko ni...? c(-;

amalina said...

ish ap plak ka tak cantek syg..ka cantek oke
hahha sesekali perasaan oke kot..heeee

Just The Way You Are said...

kecek pon nak kai pendakap gg,,wait n see yaw,,huhuhu

eda said...

wah.., ko kata aku cantik yunk...? memang senyum meleret smpai ke pipi la nmpk gayanya... hahahahaa....

nana n kecek: xsakit ke pakai benda alah ni...?

amalina said...

kecek: jom sme2 kita pakai braces..hehe
eda: eley2 tak mau ngaku ye..ntah la yunk, tak tau..sbb 2 nak try..haha

eda said...

eit.., malu i u... hahahhaa.... sudah...., xmandi kang aku dibuatnya ko ni.... hehehee...