Tuesday, April 28, 2015

8 tanda hampir bersalin


Assalmualaikum uolls. sehat ke? Alhamdulillah kalau baik2 je. Aku pun alhamdulillah sehat je. Baby pun sama sehat. huhu. Kalau korg nak tau bulan ni aku dah 36 weeks or 9 bulan dah. kejap je kan masa berlalu. tuptup nak bersalin dah bulan depan. 

Kalau ikut EDD aku 28 Mei 2015 la. Tapi aku taktau la baby nak keluar bila kan. dupdapdupdap la rase bila dah nak akhir2 ni. But as i mention before malas nak fikir pasal deliver nanti. i hope everything went well. Ameen. Semoga dipermudahkan sume nye. So memandangkan aku pun dah penghujung masa utk deliver baby, aku nak share tanda2 hampir bersalin dengan korg sume.

Im sure that mom to be out there ada yg menunggu masa utk deliver baby kan. So meh sini baca sket2 untuk persediaan sebelum berperang di labour room nanti. So far ada la jugak tanda yang dah jadi kat aku. Jom kita check...

Apakah 8 tanda-tanda hampir bersalin??

1. Engaged (atau pun baby sudah masuk laluan)
Apabila kita pergi checkup mesti gynae akan ckp kan sama ada baby dah engaged atau belum. Untuk 1st time mama selalunya baby akan engaged awal dalam 2-4 minggu sebelum EDD ya dan mama akan dpt rasa bahagian atas "kosong" dan semakin berat di bawah.

So far nurse kat kk aku checkup tu bagitau baby tak engaged lagi. Tapi aku dah rasa bahagian bawah perut cm heavy cket la. Tapi ramai cakap perut aku tak turun lagi. Em ntahla kena tunggu checkup rabu ni pulak, tengok da engaged ke belom.

2. Kerap Membuang Air Kencing
Ketika bayi sudah "masuk laluan" kepala baby akan berada dekat dengan pundi kencing dan akan menekan pundi kencing. Orang tua-tua cakap kalau makin kerap kencing tu rambut baby lebat. (wallahualam)

Yang ni memang selalu berjaga pagi la. Kalau tak pegi buang tu perut jadi mengeras je. So tidur pun tak selesa la. Nak tak nak kena jugak gigih bangun pegi toilet. Dah la toilet kat bawah. Uihhh malas betul nak menapak. hahah

3. Sakit belakang di bahagian pinggang ke bawah
Ligamen rahim dan pelvis semakin meregang untuk proses kelahiran nanti dan baby juga semakin berat di bawah.

Ha yang ni jgn cakap la, kalau duduk saje tak buat keja pun habis sakit pinggang. Belum lagi cerita pasal buat keja rumah segala tu. Berjalan kat kem tu pulak. Kalau banyak buat keja ke, banyak berjalan ke, memang sakit pinggang tu amat sgt la. Bila malam je ko tunggu jela perut tu mengeras. Sakitnye kadang2 keluar jugak air mata pempuan aku nih. kihkihkih

4. Kontraksi Braxton-Hicks
Perut mula mengeras pada waktu-waktu tertentu dan kadangkala rasa seperti senggugut ketika datang bulan. Kontraksi Pra-Kelahiran ini tidaklah sekuat dan sekerap kontraksi sebenar ketika kelahiran nanti. Dan mama boleh kurangkan ketidakselesaan atau kesakitan ini dengan menukar posisi contohnya kalau ketika itu anda sedang berdiri, cuba duduk atau cuba berbaring.

Aku selalu rasa Braxton Hicks ni. Menurut apa yang aku baca la Braxton Hicks ni adalah latihan kontraksi yg betul cuma bukan secara konsisten la. Pernah 3 minggu lepas aku rasa perut mengeras 5 minit sekali within 2 hours. Aku ape lagi panik la. Nasib la suami aku masa tu ada kat rumah kebetulan kerja shift pagi. Mula2 tu ingtkan xde ape perut mengeras biasa. Tapi bila check dia dtg 5 minit sekali. Aku hold dlu tgu betul ke 5 minit sekali. Memang pun 5 mint sekali mengeras nye. Dalam pkul 12 mlm ktorg gerak pegi Hospital Sultan Ismail. Pegi daftar sume. Then kne tukar pakai kain pink. hahha sweet je rasa. kahakah. Pastu doktor (HO) datang tanye itu ini, dia cakap kne buat VE (seluk) sbb nak tgok ade bukaan ke tak. Perghhh mase dgr tu aku takot la. Dah la yg buat tu HO lelaki ko tau! Malu jgn ckp tp nasib ade HO pmpuan jgk. Tp just monitor cmtu jela. Bila dah VE tu HO tu ckp xde bukaan lg. fuhh naseb la mse dia seluk tu xde la rse sakit tapi sakit la jugak. hahha. Then HO inform nk kne monitor jantung baby n buat CTG. Masa ni la aku sedikit sakit hati. hahha
Sebelum dtg hospital dia punya sakit yang amat. Bila dah kne check boleh plak tak rse sakit. Graf kontraksi pun xnaik banyak just mild contraction je. Tapi lama jugak dalam pkul 3 pagi baru boleh balik. hahha xpasal2 kne seluk free je. Sabo jela -.-"

5. Cirit-Birit
Hormon kelahiran juga dipercayai dapat bertindak pada usus dan boleh menyebabkan kekejangan abdomen. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan anda loya.

Lately memang selalu rase nak memerut je. Tapi bila pegi toilet tak keluar plak yang keluar nye angin je lebih. hahahha tekanan jiwa mak tau tak. Memang cirit birit tu ade jugak la. 2,3 kali jugak masuk tandas. Kita ni takot nak mencangkung lebih kang baby lak yang keluar. hihi

6. Keputihan
Terdapat lendir dan lelehan pekat.

Bab ni memang prengnant mommy takley berpisah dah. Ibarat keputihan n pregnancy mom berpisah tiada. So kita kena la jaga kebersihan dalam tu. Pakai pantyliner. Kerap tukar underwear. Kalau tak mmg risiko untuk mendapat jangkitan tu sgt tinggi.

7. Keluar lendir pekat dan pendarahan (Show)
Kepala baby turun dalam rongga pelvis boleh menyebabkan Pluk Mukus tertanggal. Pluk Mukus ini menghalaang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks dan menghalang sebarang jangkitan kuman kepada baby. 

8. Pecah Ketuban
Hanya 1 dari 10 ibu hamil yg mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Bagi mama yg telah pecah ketuban sebaiknya segera ke hospital lebih-lebih lagi jika air ketuban berwarna merah atau hijau kerana dikhuatiri baby mungkin lemas atau mendapat jangkitan.



1 comment:

CIKTON said...

Alhamdulilah..cepat je masa berlalu..nana dah nk bersalin..pape pom semoga semua selamat..